Friday, April 13, 2012

novel dan aku (part 1)

Pada hari ni aku nak citer pasal novel la..pada orang yang tak suke baca novel mungkin akan cakap macam ni 'apa ada pada novel?'..'membazir jek beli novel..baik beli benda lain'..'orang yang baca novel ni suka berangan..' dan bla..bla..banyak la lagi orang-orang ni nak kata..tapi aku cuma senyum jek..tak payah la nak bertekak pasal ni..sebab aku tau yang sebenarnya setiap orang di dunia ni ada hobi, kesukaan, kehendak, citarasa (dan perkataan yang sama waktu dengannya) tersendiri. 

Cerita pasal novel ni..aku rasa aku adalah salah seorang yang boleh dikatakan fanatik dengan novel. lagi - lagi dengan novel tempatan (novel luar negara ada gak tapi kureng sikit.hehe..). aku start baca novel masa aku umur 17 tahun. Kebetulan masa tu aku dah nak dekat SPM sesangat. Kalau orang lain sibuk ulangkaji buku Sejarah, Biologi, buat homework Add Math, tapi aku? Bersengkang mata sampai bengkak dan sembab mata ni sebab mengulangkaji novel dan pastu tengah – tengah malam nangis dan senyum sorang diri (macam tak betul jek kan). Tapi itu la hakikatnya dan itu lah aku bila dah dapat masa untuk baca novel. 

Alhamdulillah keputusan SPM aku takdelah sampai gagal walaupun aku mengaku sepanjang tempoh nak SPM tu aku lagi kusyuk baca novel. Aku masih layak untuk masuk ke Matrikulasi (pengambilan kedua) seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti. Yelah, kalau tak dapat masuk universiti takdenya aku dapat kerja macam sekarang ni. Aku rasa aku bukan dikalangan orang- orang yang bijak macam kengkawan aku yang lain tapi mungkin kat kelas aku tak main – main kot. Apepun aku bersyukur ke hadrat illahi kerana memberikan aku ruang dan peluang serta murahkan rezeki aku. Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu.

Lepas SPM lagi galak aku mencari dan membaca novel – novel ni. Mak aku pulak masa tu pun macam menyokong jek sebab setiap kali aku bawak mak aku pergi bandar (Klang Bandar diRaja) mak aku mesti upah aku dengan novel. Mak aku siap cakap macam ni ‘ha..ko ambikla buku mana yang ko nak..’. Boleh diibaratkan macam orang mengantuk disorongkan bantal, aku pun terusla pilih mana yang berkenan. Kalau budak – budak baya aku masa tu sibuk nak beli baju ke, kasut ke, tapi aku lain. Aku sibuk membelek novel.

Novel pertama yang aku beli adalah ‘LAGENDA BUDAK SETAN’ hasil tulisan Ahadiat Akashah. Asalnya aku tak tahu menahu pun pasal novel – novel ni. Tapi masa tingkatan 5, mungkin disebabkan fasa remaja yang mana remaja umur belasan tahun (atau budak sekolah menengah..zaman aku dulu la..zaman sekarang mungkin lain kot) mula berminat kisah – kisah cinta ni, ramai kengkawan kelas aku baca novel. Aku pun menyibuk la gak nak tau diorang ni baca apa dan bincangkan pasal apa. Rupa – rupanya pasal novel popular masa tu (novel Lagenda Budak Setan la..). Aku pun dengan rasa ingin tahu apa yang seronok sangat kat novel tu, terus jumpa tuan punya novel (aku tak ingat sape tuan punya novel ni..) aku cakap nak pinjam boleh tak..Tuan punya novel ni pun cakap kat aku ‘boleh..tapi ko orang ke 4 la..kene tunggu..’. Hah? Giler ke nak jadi orang ke 4 dan kene tunggu. Kalau novel tu 100 mukasurat takpe gak. Ni dekat seribu mukasurat. Kalau aku tunggu jugak, entah bila la aku dapat. Keluar result SPM pun belum tentu turn aku sampai (masa tu lagi 4 bulan nak SPM).

Entah macam mana, 1 hari tu aku macam biasa balik tuisyen (aku tuisyen kat Klang) pastu singgah kejap kedai buku. Aku pun pusing – pusing la kat kedai buku tu. Tetiba..jeng..jeng..aku nampak ada satu bahagian kat kedai buku tu jual novel. Selama ni aku masuk kedai buku, aku akan terus pergi pada bahagian buku rujukan jek, tak penah nak explore kedai buku sebab bagi aku kedai buku hanya jual buku – buku yang berkaitan pelajaran jek (singkatnya pemikiran aku masa ni..). Disebabkan perasaan nak sangat baca novel tu ak pun dan sangat teruja, aku terus beli novel tu. Dan begitulah seterusnya yang mana aku dah mula tahu kat mana nak cari novel – novel ni.

Itulah cerita bermulanya aku dan novel. Nanti aku nak cerita lagi pasal pengalaman aku dengan novel. Yalah, ada novel tak best (pada pembacaan aku la), ada novel yang best. Jadi tak semestinya novel yang aku ada memenuhi selera pembacaan aku kan?
ha..ni lah novel yang pertama aku beli tu..tapi novel ni aku tak tau mane pergi dah..